KENINGAU: ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman terus menunjukkan komitmen terhadap pendidikan apabila menyalurkan sumbangan kepada Nor Anisah Riani Jamri, pelajar dari Liawan yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Program Asasi AgriSains.

Sumbangan itu disampaikan oleh wakil beliau, Mohamad Raihan Jinode di Pejabat UPPM Liawan, dan diterima oleh ibu pelajar berkenaan, Norahani Res.

“Sumbangan ini tanda keprihatinan pemimpin terhadap masa depan anak muda di pedalaman,” kata Raihan.

Annuar sebelum ini konsisten menyokong pelajar yang berjaya ke IPT sebagai sebahagian usaha memperkasa pembangunan insan selaras dengan aspirasi Liawan Terurus, Liawan Maju.-pr/BNN