KENINGAU: Penduduk Patikang Ulu kini bernafas lega apabila laluan utama sepanjang 200 meter di kawasan perumahan mereka siap dibina dengan konkrit sepenuhnya, hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman.
Projek yang telah lama dipohon itu akhirnya direalisasikan tahun ini, sekali gus mengakhiri keperitan penduduk yang sebelum ini berdepan laluan becak dan berbahaya, terutama ketika musim hujan.
“Jalan ini sudah lama dimohon. Tahun ini kita berjaya laksana. Insya-Allah, kawasan lain juga akan menyusul,” katanya.
Pembinaan itu bukan sahaja memudahkan pergerakan harian, malah memberi keselesaan kepada pelajar, warga emas dan keluarga.
“Kami amat bersyukur. Terima kasih Datuk Annuar kerana mendengar suara rakyat,” kata seorang penduduk.
Projek ini juga mencerminkan kejayaan pendekatan pembangunan berfasa menerusi gagasan “Liawan Terurus, Liawan Maju”, yang menekankan keutamaan rakyat dan tindakan berfokus.
Annuar membuktikan bahawa kepimpinan berkesan bermula dengan mendengar, bertindak dan menyempurnakan amanah dengan ikhlas.-pr/BNN