KENINGAU: Keprihatinan terhadap rakyat terus menjadi keutamaan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan apabila beliau terus menyantuni warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di pedalaman Parlimen Keningau.
Mewakili beliau, Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) P.180 Keningau, Lectus Fung menyampaikan sumbangan kepada penerima di Kampung Sandapak dan Kampung Tumtumulud dalam satu program ziarah mesra.
Antara penerima ialah Francis VG Nair, OKU yang terlantar akibat kemalangan, serta dua warga emas, Saniang Beluah, 92, dan (Guansing Garavad, 85, yang menerima kunjungan hormat sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka kepada komuniti.
Turut hadir, Pengerusi JKKK Kampung Sandapak, Rayner Atanasius Eswar Munting dan Pengerusi JKKK Kampung Tumtumulud, Chai Ambun @ Cleran yang menyifatkan inisiatif itu sebagai bukti kepimpinan prihatin tanpa mengira waktu atau musim.
“Sukar mencari pemimpin seperti beliau yang tetap mengingati rakyat walaupun tinggal jauh di pedalaman,” kata salah seorang ahli keluarga penerima bantuan.
Penduduk turut mendoakan kesihatan berpanjangan buat Dr Jeffrey agar dapat terus memimpin dengan penuh kasih sayang dan sentuhan kemanusiaan. – pr/BNN