KENINGAU: Penduduk Kampung Baginda Laut kini menarik nafas lega apabila jalan konkrit baharu yang menjadi harapan sekian lama akhirnya siap sepenuhnya – hasil usaha dan keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Projek itu memberi impak besar kepada kehidupan penduduk luar bandar yang sebelum ini bergelut dengan jalan berlumpur dan licin, terutamanya ketika musim hujan.

Kini, laluan yang selesa bukan sahaja memudahkan urusan harian dan pergerakan anak-anak ke sekolah, malah membuka ruang pembangunan lebih luas untuk kampung tersebut.

“Jalan ini bukan kemewahan, ia adalah keperluan asas rakyat. Dan setiap inci konkrit ini membawa makna besar buat kehidupan mereka,” kata Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri.

Pengerusi JKKK Kampung Baginda Laut, Gergroy Karim menyifatkan projek itu sebagai lambang keprihatinan seorang wakil rakyat yang bukan sekadar hadir ketika majlis rasmi, tetapi benar-benar mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi.

Bagi penduduk, infrastruktur ini bukan sekadar kemudahan – ia simbol harapan dan keyakinan bahawa nasib rakyat pedalaman tetap diberi perhatian sewajarnya.-pr/BNN