KENINGAU: Walaupun tidak hadir secara fizikal, keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman tetap dirasai apabila menyumbang kepada Persatuan Pesara Kementerian Kesihatan (KKM) Keningau sempena Majlis Reunion Ke-2 pada 26 Julai ini.

Sumbangan disampaikan wakilnya, Pemaju Mukim Lingkudau, Noritah Melvina Dungkian di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, dan diterima oleh Puan Rosemary Ening Langgitom mewakili para pesara.

Simbolik penyerahan itu turut menyaksikan isyarat mini ‘jari hati’ daripada Rosemary dan isyarat ‘ibu jari terbaik’ daripada Noritah – menggambarkan penghargaan mendalam dan pengiktirafan terhadap jasa generasi penjawat awam terdahulu yang pernah menggalas tanggungjawab barisan hadapan kesihatan negara.

Sumbangan Annuar bukan sekadar wang ringgit, tetapi lambang penghormatan kepada mereka yang pernah berkhidmat dalam diam, tanpa sorotan, namun tetap berjasa.

Kepimpinan beliau terus menyerlah sebagai sosok pemimpin yang mendengar denyut rakyat dan menghargai sumbangan tanpa mengira pangkat atau masa. – pr/BNN