JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kepada Presiden Indonesia, Probowo Subianto, sejurus tiba di Istana Merdeka, sempena Mesyuarat Rundingan Tahunan Ke-13 MalaysiaIndonesia, pada Selasa di Jakarta.
Turut hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg. Ketua Menteri dan rombongan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh,Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag Sahari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew tiba di Jakarta pada Isnin.
Pada Isnin, Hajiji turut menghadiri mesyuarat pre-council yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.-pr/BNN