KENINGAU: Masalah banjir kilat di Kampung Bingkor Baru kini semakin terkawal selepas siapnya pembinaan parit konkrit sepanjang 200 meter yang dilaksanakan bagi memperbaiki sistem saliran sedia ada.
Projek berimpak tinggi itu adalah hasil inisiatif Datuk Robert Tawik @ Nordin, Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, selaras usaha Kerajaan Negeri menaik taraf infrastruktur asas luar bandar.
Pengerusi JKKK Bingkor Baru, Florian Ilon Sipin, berkata projek ini memberi kelegaan besar kepada penduduk yang selama ini sering terjejas setiap kali hujan lebat melanda kawasan berkenaan.
Katanya, ia mencerminkan keprihatinan dan pendekatan kepimpinan Datuk Robert yang berteraskan tindakan menerusi slogan “Bingkor Membangun Bersama Rakyat”, sejak 2020.
Inisiatif ini juga dilihat sebagai contoh projek kecil yang memberi impak besar kepada komuniti, sekali gus meningkatkan kualiti hidup dan keselamatan penduduk kampung.-pr/BNN