KOTA KINABALU: Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah menegaskan, tuduhan kononnya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak cakna dan tidak prihatin terhadap kes kematian Allahyarhamah adik Zara adalah tidak berasas.

Beliau berkata, kes tersebut bersifat teknikal yakni memerlukan siasatan menyeluruh dengan penglibatan pakar forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, bukannya sekadar membuat penilaian berdasarkan kenyataan atau persepsi.

“Jika siasatan gagal menemui punca sebenar kematian, sebarang kenyataan tidak akan membawa makna. Walhal dalam hal ini, sejak awal kerajaan GRS sudah mengambil tindakan bagi menunjukkan keprihatinan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aksyah, Hajiji telah mengarahkan Menteri bertanggungjawab dalam portfolio pendidikan Sabah, Datuk Dr.Haji Mohd.Arifin Mohd. Arif, untuk menziarahi dan menemui ibu mangsa bagi menyampaikan sokongan moral serta memastikan siasatan berjalan lancar.

Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah itu berkata, Arifin bahkan telah menziarahi Zara lebih awal ketika mangsa masih dirawat, dan menyatakan kerajaan tidak akan berkompromi sebagai bukti kerajaan negeri mengambil berat isu tersebut.

Selain itu katanya, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, turut menjadi antara pemimpin terawal bersuara mengenai kes berkenaan bagi pihak kerajaan GRS.

Aksyah menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak berhenti menangguk di air keruh dan mempolitikkan tragedi ini, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan tanpa gangguan.

Beliau turut memuji solidariti rakyat yang bangkit menentang perbuatan buli, sambil menegaskan ia perlu diterjemah kepada tindakan tegas terhadap pelaku tanpa mengira latar belakang.

“Solidariti ini adalah amaran keras kepada mana-mana individu yang mahu melakukan perbuatan buli pada masa hadapan. Semoga roh Allahyarhamah Zara ditempatkan bersamEnds. ng beriman,” katanya. – pr/BNN