KENINGAU: Pusat Daerah Mengundi (PDM) Liawan terus menunjukkan gelombang sokongan padu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, sekali gus memberi isyarat awal kekuatan jentera menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Balairaya Kampung Keningau semalam menjadi tumpuan apabila ratusan penduduk dari enam kampung – Keningau, Kali, Samalang, Linsosod, Tuarid Liawan dan Ulu Liawan – hadir dalam pertemuan bersama Annuar yang disifatkan sebagai pemimpin berteraskan tindakan dan dekat dengan rakyat.

“Kehadiran ini menjadi perangsang untuk kita berusaha lebih baik demi kemajuan Liawan,” katanya.

Di tengah ketidaktentuan politik negeri, Liawan dilihat sebagai kubu kuat hasil pendekatan Annuar yang konsisten turun padang, menekankan pembangunan infrastruktur, pendidikan dan kebajikan, selain mendapat sokongan generasi muda yang menilai prestasi berbanding retorik.

Jika momentum ini dikekalkan, Liawan dijangka kekal teguh bersama kepimpinan berasaskan tindakan, bukan janji.-pr/BNN