KENINGAU : Selepas enam hari berdepan ketiadaan bekalan air bersih, penduduk Kampung Dangulad akhirnya menarik nafas lega apabila menerima bantuan segera daripada Timbalan Penyelaras STAR P.180 Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub.
Pada 21 September lalu, beliau menyalurkan sebanyak 250 karton air mineral sejurus menerima laporan mengenai kesukaran yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.
Tindakan pantas itu sekali gus meredakan keresahan masyarakat yang terpaksa bergantung pada sumber air terhad untuk kegunaan harian sejak hampir seminggu lalu.
Menurut Ishak, air bersih adalah keperluan asas yang wajib diberi perhatian kerana ia membabitkan kelangsungan hidup rakyat.
“Keutamaan kita adalah memastikan kebajikan rakyat terjaga, terutama ketika berdepan kesukaran mendadak. Masalah asas seperti ini tidak boleh ditangguh,” katanya.
Langkah proaktif tersebut menyerlahkan keprihatinan Dato’ Ishak sebagai pemimpin yang dekat dengan denyut nadi rakyat – hadir bukan dengan janji, sebaliknya dengan tindakan nyata.-pr/BNN





