KENINGAU: Timbalan Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, terus mendekati masyarakat apabila menghadiri majlis ramah mesra bersama jemaat Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Bunga Raya di sini, kelmarin.

Dalam kunjungan itu, beliau yang mewakili Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, turut menyerahkan sumbangan pemasangan pendingin hawa (aircond) bagi meningkatkan keselesaan jemaat ketika beribadat dan melaksanakan aktiviti gereja.

Sumbangan berkenaan disambut penuh rasa syukur oleh pimpinan serta jemaat SIB Bunga Raya yang menyifatkan keprihatinan itu sebagai bukti kepedulian pemimpin terhadap kebajikan rohani masyarakat.

“Selain menambah baik kemudahan, pemberian ini menjadi tanda bahawa suara dan keperluan jemaat sentiasa mendapat perhatian,” kata seorang pemimpin gereja ketika ditemui.

Inisiatif tersebut memperlihatkan peranan aktif Dato’ Ishak sebagai jambatan penghubung antara kepimpinan dan rakyat – bukan sahaja hadir menyampaikan salam, malah menzahirkan tindakan yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.-pr/BNN