KENINGAU – Kepedulian pemimpin terhadap rakyat terus dizahirkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menyampaikan sumbangan kepada keluarga Luya Minggit dari Kampung Liawan Ulu yang berdepan kesulitan.

Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan dengan penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pemaju Mukim, Kali Mcnarwin Jerman bagi pihak Annuar, kepada anak keluarga berkenaan, Miurus @ Ribus Angga.

Sumbangan tersebut bukan sahaja meringankan beban perubatan keluarga, malah mencerminkan komitmen wakil rakyat berkenaan dalam memastikan rakyat kecil tidak terpinggir.-pr/BNN