KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri sambutan Hari Krismas 2025 MUTIARA GRS di Rumah MUTIARA GRS di sini pada Sabtu.

Sempena majlis itu, Juliah turut beramah mesra dan menyampaikan hadiah krismas kepada 60 pelajar dan kanak-kanak yang hadir daripada sekolah dan pertubuhan sekitar Kota Kinabalu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM2,000 daripada MUTIARA GRS masing-masing kepada Chesire Home dan Seri Mengasih Center Tanjung Aru.-pr/BNN