KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca semasa yang tidak menentu dan sukar diramal menuntut tahap kesiapsiagaan serta kewaspadaan yang tinggi daripada semua lapisan masyarakat, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup.
Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, khususnya ketika melakukan perjalanan atau menjalankan aktiviti harian, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
“Orang ramai juga diseru supaya mengelakkan aktiviti berisiko, mematuhi segala nasihat dan arahan pihak berkuasa serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau turut berharap agar seluruh masyarakat sentiasa berada dalam perlindungan dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi situasi cuaca yang mencabar ketika ini.-pr/BNN





