KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 304 kes. Bilangan kematian adalah 3 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 5,797 kes. Sehingga hari ini, seramai 2,322 pesakit dilaporkan telah sembuh dan pada hari ini, seramai 3,429 pesakit sedang menerima rawatan di dalam wad.
2 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti
berikut:
Tawau 31, Beaufort 6, Semporna 33, Ranau 0, Kota Kinabalu 58, Sipitang 3, Lahad Datu 29, Tambunan 5, Sandakan 21, Kudat 18, Tuaran 15, Pitas 1, Kunak 13, Tenom 1, Papar 16, Kuala Penyu 0, Penampang 19, Beluran 0, Putatan 11, Tongod 0, Kota Belud 16, Kota Marudu 6,,Kinabatangan 0, Telupid 0, Keningau 2, Nabawan 0.
B. BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
1 Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 26,178 bakul makanan telah diagihkan.
C. PELAKSANAAN SOP PKPB SELURUH NEGERI
1 Kerajaan Negeri banyak menerima pertanyaan daripada orang awam kerana terdapat kekeliruan terutamanya tentang kebenaran beroperasi bagi semua sektor ekonomi, industri dan perniagaan .
2 Kekeliruan ini timbul kerana SOP PKPB yang dikeluarkan bagi daerah- daerah dalam zon merah sebelum ini hanya membenarkan perkhidmatan perlu (essential service) sahaja.
3 Saya ingin menjelaskan bahawa SOP yang digunakan oleh seluruh negeri Sabah pada ketika ini adalah berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh MKN bertarikh 14 Oktober 2020. SOP sebelum ini tidak terpakai kecuali SOP PKPD yang sedia ada untuk sepuluh (10) lokaliti yang sedang melaksanakan PKPD.
4 Saya ingin memaklumkan bahawa pengusaha / peniaga dalam sektor ekonomi, industri dan perniagaan TIDAK PERLU lagi memohon kebenaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) untuk kebenaran beroperasi.
5 Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Sabah yang bermula 13hb Oktober 2020, maka dengan ini semua arahan sebelum ini yang melibatkan PKPB di sebelas (11) daerah adalah dengan sendirinya TERBATAL.
6 Saya juga ingin menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti berikut adalah TIDAK DIBENARKAN BEROPERASI sepanjang tempoh PKPB, iaitu:
(i) Pasar Malam, Pasar Tani dan Tamu.
(ii) Pusat-pusat / Premis Hiburan, Kelab-kelab Hiburan termasuk kelab malam, pub, panggung wayang dan aktiviti perjudian.
(iii) Rumah urut /pusat refleksologi /rawatan muka (facial) /manicure and pedicure.
D. PUSAT PENGURUSAN COVID-19 NEGERI
1 Sebarang pertanyaan atau maklumat terkini, orang awam boleh menghubungi BILIK OPERASI PENGURUSAN BENCANA NEGERI (COVID-19) melalui Portal command.sabah.gov.my atau Facebook fb.com/sabahcovid atau Twitter sabahcovid atau menghubungi terus BIlik Operasi di talian 088-369430 (8.00 pagi hingga 8.00 malam).
2 Orang awam juga boleh menghubungi PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA NEGERI SABAH melalui talian 088-369434 (24 jam).
Semua penduduk Negeri Sabah adalah diperingatkan untuk sentiasa peka dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian
COVID-19.
#kitajagakita #stayhome #staysafe
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
15 Oktober 2020