Pengagihan bakul makanan di Kinabatangan

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 30 Oktober 2020, sebanyak 104,209 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh empat (24) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang dan Nabawan.

Sebanyak 1,479 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 30 Oktober 2020 melibatkan empat belas (14) daerah iaitu daerah-daerah Lahad Datu (72), Kunak (400), Sandakan (16), Kota Kinabalu (156), Kalabakan (500), Kinabatangan (23), Putatan (14), Papar (66), Tuaran (15), Ranau (75), Tenom (16), Nabawan (11), Kudat (63), dan Kota Marudu (52).-

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
30 Oktober 2020