KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.

Ronald memberi taklimat kepada Hajiji program pembangunan pertanian dan industri makanan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah.

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Ronald.

Turut serta dalam rombongan Ronald ialah Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras MAFI, Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Nenas Malaysia, Encik Mohd Khairuzamri M.Salleh, Pengarah Pembangunan Peladang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Encik Sbu Sujak Sanusi, Pengarah Bisnes Sektor Awam NAFAS, Encik Saripol Baharin Karim dan Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Puan Salmah Labulla.-pr/BNN