KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan kumpulan pelabur yang berminat melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di Sabah.

Kumpulan pertama yang beliau temui ialah CRCC International Investment Group Limited dari China yang diketuai oleh Director, Real Estate, Encik Frank Y.F.Feng.

CRCC berminat melabur di Tanjung Aru Eco Development (TAED) dan sektor ekonomi yang lain di Sabah.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif TAED Sdn.Bhd, Datuk Ismail Abdullah, Deputy General Manager of Regional Headquarters CRCC dan Pengarah Urusan Mesra Melia Sdn.Bhd, Dato’ T.G.Ong.

Kumpulan kedua ialah T7 Global, diketuai oleh Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon.

Syarikat senarai awam itu berminat melabur dalam bidang minyak dan gas di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Awal Mac 2021 lalu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri mahu SOGIP dibangunkan sehingga mencapai potensi penuhnya sebagai hab aktiviti hiliran petroleum dan gas petrokimia utama di Asia Tenggara.

Hadir sama ialah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (MPES), Tan Sri Datuk Seri Panglima (Dr) T. C. Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn.Bhd
(SOGDC), Haji Abdul Kadir Damsal dan Ahli Lembaga SOGIP, Dr. Roland Chia..-pr/BNN

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Frank Y.F.Feng selepas kunjungan itu.