KOTA KINABALU : Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap peguam Yong Yit Jee mengesa Balai Seni Lukis Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) memohon maaf atas padaman karya seni Lukisan Tiang Seri Negeri Sabah (Pillars of Sabah).

Yong berkata ianya mengecewakan dengan penyifatan mengelak Balai Seni Lukis Sabah, seolah-olahnya enggan meminta maaf atas pengendalian padaman karya seni yang terburu-buru tersebut.

Yong juga berkata Jared Abdul Rahman, salah seorang pengasas Pillars of Sabah, menjelaskan bahawa karya seni Pillars of Sabah 3.0 dipadamkan tanpa notis dahuluan kepada pihak penganjur dan 31 artis tempatan yang terlibat. Karya seni tersebut kononnya dipadamkan untuk memberi laluan kepada projek seni komunity baharu yang akan datang, projek “Wonders of Wilderness” (WOW).

Menurutnya, KePKAS telahpun mengesahkan bahawa mereka tidak pernah diberitahu mengenai padaman tersebut. Projek WOW masih satu cadangan dan belum lagi diluluskan”.

“Saya berasa kecewa apabila mendapati bahawa Balai Seni Lukis Sabah bersifat mengelak dan seolah-olahnya enggan meminta maaf secara rasmi atas pengendalian insiden tersebut walaupun Dr Jamili Nais, setiausaha tetap KePKAS, telah mengatakan bahawa padaman karya seni itu adalah salah dan apabila tersilap langkah, ada baiknya akui kesilapan, ”katanya.

Yong mengatakan bahawa semua usaha dan hasil kerja keras daripada 31 artis tempatan, penganjur Pillars of Sabah 3.0 dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) telah lenyap tanpa penjelasan dan ini sangat menyakitkan dan merosakkan seni dan budaya Sabah dan juga mengalahkan tema POS 3.0, Komuniti.

“Saya menggesa Balai Seni Lukis Sabah dan semua pihak berkuasa yang terlibat untuk menghormati, bersikap sopan dan sekurang-kurangnya meminta maaf dan memberi penjelasan secara formal dan tulus kerana menyakiti dan tidak menghormati komuniti seni, bakat tempatan kami dan penganjur POS 3.0. Lagipun, KePKAS, CENDANA, Balai Seni Lukis Sabah, Pillars of Sabah, dan semua artis dan komuniti seni harus berganding bahu dalam mempromosikan seni dan budaya Sabah, “tambahnya.,-pr/BNN