KOTA KINABALU: Merujuk kepada isu yang sedang hangat diperkatakan, isu viral yang mengaitkan nama Parti StarSabah pada masa ini, Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku, YB Senator Datuk Guandee Kohoi meminta agar semua pihak mengambil masa untuk bertenang.

Menurut beliau, setakat ini ada dua (2) laporan polis terhadap seorang ahli Parti, iaitu Philip Among sedang viral di media sosial.

Laporan pertama daripada peserta unduk ngadau yang mendakwa telah diperlakukan tidak senonoh oleh Philip Among.

Sementara laporan kedua daripada Pengawal Keselamatan di KDCA yang mendakwa telah dikasari oleh beliau.

Datuk Guandee Kohoi menegaskan bahawa STARSABAH mengambil berat tentang perkara ini. Beliau berkata, “StarSabah adalah Parti yang berperlembagaan dan segala perkara hendaklah diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam Parti”.

Sejajar dengan ini, Parti STARSABAH telah MENGGANTUNG JAWATAN Philip Among sebagai Penyelaras Parlimen P.173 Putatan berkuatkuasa hari ini.

Tindakan seterusnya, sama ada menggantung keahlian atau memecat beliau dari Parti StarSabah akan diambil selepas Lembaga Disiplin bersidang.

Tindakan ini menunjukkan bahawa pihak kepimpinan Parti sentiasa terbuka untuk mendengar keluhan dan aduan dari semua pihak, terutama daripada ahli-ahli Parti StarSabah.

Oleh itu, semua ahli dan penyokong Parti STARSABAH diminta bertenang dan bersabar menghadapi perkara ini dan tidak membuat sebarang tindakan yang akan mengeruhkan keadaan.

Marilah kita bersama membangun dan memantapkan Parti StarSabah. Letakkanlah kepercayaan kepada kepimpinan Parti untuk memimpin dan menjaga Parti StarSabah ini.-Sabahsolidarity.com/BNN