KOTA KINABALU: Dengan jumlah 555,761 penerima vaksin dos pertama dan kedua diberikan di Sabah setakat 28 Jun, dimana masih terdapat baki 72,598 yang belum digunakan dari jumlah keseluruhan  628,390 dos vaksin diterima untuk Sabah maka sasaran kerajaan negeri menuntut mendapatkan kuota lebih bekalan vaksin 1.8 juta dos Julai dan Ogos harus dipenuhi kerajaan khususnya Menteri yang mengurus vaksin.
Menurut kenyataan Hj. Yahya Hj. Ahmad Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH), dari cerapan data dan statistik di tiga negeri ang mencatat komposisi tertinggi pada suku tahun  ketiga 2020 menurut perangkaan negara selepas Selangor (20.1%) adalah Sabah (12.0%) dan diikuti Johor (11.6%).
Daripada Populasi Malaysia suku pertama 2021 dengan anggaran penduduk Malaysia seramai 32.75 juta orang dimana SABAH negeri KEDUA terbesar dalam Malaysia selepas Serawak populasi penduduknya sehingga tahun 2019 turut berkembang kepada 3.9 juta orang  dengan jumlah warga asing 29% daripadanya katanya.
“Statistik pengangguran tahunan 2019 juga dilihat turut meningkat dengan 5.8% dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 70.0%. Dalam ertikata Sabah punya kadar pengangguran yang tinggi berbanding dengan negeri lain. Latar belakang kehidupan pekerjaan tidak ada pendapatan tetap menyara keluarga juga begitu ketara tinggi.”
Beliau berkata, implikasi kepada bekalan vaksin yang kurang di Sabah dan kesan strategi program pemberian vaksin yang belum memuaskan digerakkan menyeluruh di Sabah sudah tentu matlamat kerajaan bagi membawa fasa melapangkan lebih banyak kelonggaran dan imuniti berkelompok akan sedikit terganggu dan bergerak lambat.
“Dua isu utama ini harus diberi perhatian serius. Pertama isu bekalan vaksin harus dilihat oleh Menteri YB Khairy Jamaludin agar mencukupi, kedua isu langkah lebih komprehensif dilakukan segera oleh Jabatan Kedihatan Sabah sendiri untuk memulakan gerakan besar – besaran pemberian vaksin di seluruh tempat di Sabah perlu disegerakan bermula Julai atau Ogos bila bekalan vaksin sudah sampai.”
“Saya juga berharap gerakan besar bersepadu pemberian imunisasi kepada penduduk ini dilakukan berdasarkan dengan mengambil kira cerapan, data, lokasi penduduk yang berbeza tempat dan kesusahan pergerakan mereka harus diambil kira termasuk jumlah kepadatan populasi penduduk bagi setiap daerah di Sabah. Dengan sendirinya mengagihkan jumlah dos vaksin dan pembukaan lebih banyak PPV akan dapat distrategikan pengurusanya dengan lebih adil, banyak dan setiap pasukan bergerak serentak tiap – tiap kawasan atau daerah mengikut jadual tersusun.”
“Dipihak PRESBAH, kita ingin menyarankan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Christina sendiri supaya menilai balik gerakan program pemberian vaksin setakat ini. Selain membuka PPV berpusat di dewan – dewan dan Hospital sampai sudah masanya di tambah dalam pelbagai kaedah lain sepertimana dilakukan di negeri lain di Semananjung bagi memastikan matlamat imunisasi berkelompok kita cepat tercapai ikut cara kebijaksanaan kita.”
“Kita harus faham, secara realitinya juga begitu ramai yang mendaftar dalam My Sejahtera masih marah belum mendapat panggilan, sikap rakyat kita lebih senang mendaftar secara manual juga sangat mengalakkan. Walaupun pelaksanaan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri cukup memuaskan berdasarkan laporan Pengarah Kesihatan kepada YAB Ketua Menteri Sabah itu sendiri, namun strategi dan kreativiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah harus lebih peka dan dianjak kedepan dengan mengambil kira pandangan baik dan terbuka di bawah. “
Menurut beliau, sudah menjadi tanggung jawab Pengarah Kesihatan sendiri membantu niat kerajaan mengerakkan cara pelaksanaanya lebih pro aktif agar dimata masyarakat akar umbi di setiap daerah begitu memuaskan, lebih – lebih lagi kerisauan adanya kluster – kluster  baru dan pelaksanaan PKPD bersilih ganti diluar jangkaan. Kami juga tidak berdiam diri,  sentiasa mendukung dan menyokong padu semua usaha kerajaan dan Jabatan Kesihatan Sabah sendiri dalam usaha menghadapi cabaran Pandemik Covid -19 ini.
“Selaku Presiden PRESBAH dalam melihat keputusan Kerajaan Persekutuan semalam menilai pemilihan negeri – negeri layak berada dalam fasa kedua tanpa memasukkan negeri Sabah juga kurang adil jika kita melihat semua cerapan sejarah biografi, fakta penduduk, bekalan vaksin, dan kebergantungan tinggi latar belakang sosio ekonomi disamping tahap pengangguran sudah tentu cerapan ini harus diberi pertimbangan lebih adil dan matang.”
“Sebab itu dari Langkah Kerajaan Negeri apabila membuat keputusan melaksanakan kelonggaran SOP di Sabah PRESBAH dan saya sendiri selaku presiden berdiri teguh menyokongnya maski ada sedikit kekangan kita soal kawalan akta sudut kesihatan itu sendiri namun keadaan terkini hidup rakyat di Sabah naluri rintihanya kita lebih dekat merasakanya. Namanya rumah kita tentu kita tahu apa yang wajar dan terbaik cara mendamai dan melapangkanya untuk isi rumah yang bergantung harap meneruskan kehidupan.”-pr/BNN