KOTA KINABALU: Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN), didalam Mesyuarat Agung
Tahunan Ke 30, yang telah diadakan pada 29 Jun 2013, telah meluluskan cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik KOSAN.

Dalam satu kenyataan akhbar Datuk Ellron Angin, Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (Kosan) berkata selaras dengan itu, bagi Pembangunan Tanah Wisma KOSAN, Likas ianya telah ditanda tangani pada 24 Ogos 2015.

Menurutnya, pembangunan tanah Wisma KOSAN, Likas dimana terletaknya Wisma KOSAN adalah tanah yang dimiliki oleh KOSAN sendiri dan bukan lah tanah Kerajaan.

Katanya pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota KOSAN serta rakyat Negeri Sabah dimana bangunan yang akan dibangunkan
mengandungi “apartment” mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.

“Pembangunan Tanah Wisma KOSAN Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota KOSAN didalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.”

Menurut beliau, dakwaan penyewa bahawa cara pengosongan tersebut secara tergesa-gesa
adalah tidak benar kerana penyewa telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi. Jangka pengosongan adalah selama 3 bulan.

“Walaubagaimanapun kebanyakan penyewa telah memohon kepada KOSAN agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019. Dan di persetujui.”

Dalam jangka waktu ini, penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan. Memandangkan akibat penularan COVID 19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa yang masih berada dibangunan tersebut sehingga lah tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021.-pr/BNN