BELANJAWAN SABAH 2022…Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri menerima Teks Ucapan Belanjawan Negeri Tahun 2022 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri (MOF), Datuk Haji Rusdin Riman di pejabatnya di Kementerian Kewangan Sabah, Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji akan membentang Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok (Jumaat). Turut hadir ialah Menteri Kewangan ke II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Encik Jasnih Daya, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri, YB Fairuz Renddan dan pegawai-pegawai kanan MOF.-pr/BNN