BEAUFORT: Parti Maju Sabah (SAPP) Beaufort menyerahkan Bantuan Persekolahan kepada 100 orang pelajar di Membakut, Beaufort Dan Bongawan.
Pengerusinya Jamain Sarudin yang juga Ketua Pemuda Pusat berkata, Penyelaras kawasan telah menerima 100 permohonan Dan jawatankuasa beliau bersetuju meluluskannya Dan memulakan penyerahan Bantuan Kewangan bermula Ahad lepas di Beaufort, diikuti di Membakut Minggu ini Dan kawasan yang lain pada minggu berikutnya.
“Bantuan tunai pada tahun ini memberi peluang kepada Ibubapa membuat persediaan Dan membeli keperluan anak-anak mereka”, menurut Jamain lagi.
Sementara itu di Membakut, Ibubapa penerima Merasa bersyukur mendapat Bantuan dari SAPP. Mereka berharap, Bantuan sepertinya akan diberikan pada tahun akan datang.
Program ini dibawah Peruntukan Sentuhan Kasih ADUN Di Lantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Bagi Kawasan Beaufort, Jamain memilih untuk memberikan Bantuan tunai, sementara kawasan lain mengadakan aktiviti berbeza mengikut keperluan kawasan.
Turut hadir, Oh Sing Siong Naib Pengerusi CLC, Clarence Oh Sing Bee, Ketua Pemuda Dan Benedict Besinter Ketua Penerangan CLC.-pr/BNN
Jamain menyerahkan Bantuan kepada Vitalis Kimin yang mempunyai 5 orang anak bersekolah di Membakut
.