KOTA KINABALU: Yong Yit Jee, ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap peguam berkata bahawa Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah boleh ‘sambil menyelam minum air’ dengan melaksanakan Sabah IC dan melanjutkan program “Back For Good” (B4G) ke Sabah.
Yong, yang juga seorang peguam, berkata bahawa “Kad Warga Asing” yang dicadangkan akan bercanggah dengan perlembagaan dan menyalahi undang-undang jika ia membenarkan warga asing menetap dan bekerja di Sabah. Ia juga akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat MA63 yang melindungi autonomi Sabah mengenai status imigresen khas.
“Di bawah Akta Paspot 1966 dan Akta Imigresen 1959/63, semua warga asing dikehendaki memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah untuk masuk, menetap atau bekerja di Sabah dan Malaysia. Mana-mana individu yang memasuki Sabah secara tidak sah akan ditangkap dan dihantar balik ke negara asal mereka.”
“Cadangan ini boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Lebih ramai pendatang tanpa izin mungkin digalakkan datang dan menetap di Sabah,” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata bahawa kad itu sepatutnya mengenal pasti jumlah warga asing yang ada di Sabah. Seperti yang dicadangkan oleh Jamain Sarudin dari Solidariti Rakyat (SORAK), sebuah NGO tempatan, ini juga boleh dilakukan dengan melanjutkan program B4G.
Selain itu, program B4G membolehkan warga asing kembali ke negara asal masing-masing tanpa dikenakan hukuman. Warga asing yang menyertai B4G boleh memilih untuk memohon atau memperbaharui pasport mereka dan memasuki Sabah melalui saluran imigresen yang betul. Ini sama seperti program regularisasi yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan Sabah.
“Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah harus melaksanakan Sabah IC secepat mungkin. Buat dan luluskan undang-undang yang diperlukan seperti Enakmen Pendaftaran Sabah dan menubuhkan Jabatan Pendaftaran IC Sabah.”
Oleh itu, saya menggesa supaya Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah memberi tumpuan kepada pelaksanaan Sabah IC dan pelanjutan program B4G ke Sabah. Sabah IC akan membantu orang Asal Sabah tanpa dokumen dan rakyat Malaysia yang telah menetap atau membesar di Sabah serta menapis pendatang tanpa izin, manakala B4G akan mengurangkan populasi pendatang tanpa izin di Sabah pada masa yang sama.-pr/BNN
ReplyForward
|