KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang
diketuai oleh Pengarahnya, Tah Nia Jaman, di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Antara tujuan kunjungan hormat jitu ialah untuk mengeratkan kerjasama antara Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah dengan kerajaan negeri khususnya dalam aspek pendidikan
yang berkaitan urusan melibatkan sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD) di
Sabah.

Kunjungan hormat julung kali Tah Nia sebagai pengarah itu turut disertai barisan
pegawai kanan jabatan iaitu Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan
PPD, Mohd Zaini Yanin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Abidin
Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Dr Mohd Kassim Tusin; Timbalan
Pengarah Sektor Pembangunan, Muddin Beting dan Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan, Ajijah @ Azizah Baba.

Tah Nia melapor diri sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 20 Mei
lalu selepas dilantik pada 13 Mei bagi menggantikan Datuk Dr Mistirine Radin yang
dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian
Pendidikan di Putrajaya.-pr/BNN