Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.Terima kasih kepada semua rakan media yang hadir pada hari ini untuk sessi sidang media saya selaku Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah berhubung kait dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Mohamaddin Ketapi (YB DMK), Ahli Parlimen Lahad Datu dan ADUN Segama yang dibuat pada satu sidang media kemarin.

Pada sidang media tersebut, YB Datuk Mohamaddin Ketapi telah
mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang
dianggotai beliau sejak November 2021. Dan dalam sidang media tersebut juga beliau telah membuat beberapa kenyataan yang menurut beliau merupakan sebab kenapa beliau keluar parti.

Walau bagaimanapun kenyatan-kenyataan yang dibuat itu adalah
tidak tepat dan ianya merupakan satu tuduhan yangt idak berasas. Saya sebenarnya tidak berminat bercakap soal politik ketika ini
disebabkan kita sedar keadaan rakyat yang sedang terhimpit selepas pandemik COVID-19.Dalam masa yang sama dihimpit lagi dengan kenaikan harga barang dan ekonomi serta sumber pencarian yang tidak menentu.

Sebagai pemimpin kita perlu melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat ini sebagai satu keutamaan. Cuma, selepas kenyataan YB Datuk Mohamaddin Ketapi, saya rasa saya perlu memperjelaskan keadaan sebenar agar rakyat diluar sana khususnya rakyat dan masyarakat Parlimen Lahad Datu tidak salah menilai atau terkeliru dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas tersebut.

Pertama sekali beliau mendakwa tidak diberikan peranan untuk
memperkukuhkan parti. Sejujurnya saya juga kurang jelas peranan
bagaimana yang dimaksudkan oleh beliau. Kerana selaku Ahli Parlimen dan juga sebagai ADUN,beliau tentu tahu apa peranan beliau sebagai Wakil rakyat. Ini adalah peranan hakiki beliau. Sekiranya beliau dapat berperanan dengan baik menyantuni dan membantu rakyat yang diwakili,maka secara tidak langsung ianya akan dapat membantu memperkukuhkan parti. Ini jelas.

Seperkara lagi, selepas menyertai Bersatu, beliau sebenarnya adalah AJK Bahagian Bersatu Lahad Datu, kerana Perlembangaan parti ini jelas menyatakan bahawa setiap Wakil Raykat adalah secara automatic menjadi  Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Saya ingin bertanya kepada beliau, selepa menang pada PRU yang lalu, sebagai Ahli Parlimen Lahad Datu dan PRN yang lepas sebagai ADUN Segama atau selepas beliau masuk Bersatu pada November yang lalu, berapa kerap beliau turun ke kawasan untuk menyantuni dan mendengar permasalahan rakyat? Berapa banyak masalah rakyat yang dia selesaikan?

Rakyat yang telah mengundi dan memilih dia,seharusnya dia tahu akan peranan sebenarnya. Kita tahu banyak masalah rakyat Parlimen Lahad Datu dan Segama yang perlu diselesaikan, antaranya ,masalah penempatan, bekalan air bersih,
jalan-jalan kampong dan jambatan-jambatan, masalah miskin tegar, termasuklah ibu bapa yang memerlukan bantuan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dan berbagai lagi masalahr akyat yang menjadi peranan utama YB untuk diselesaikan. Jadi pada hakikatnya, beliau telah pun diberikan peranan yang sebenar dan yang sepatutnya beliau berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Peranan apa lagi yang dituntut oleh beliau sekiranan peranan hakiki sebagai Wakil Rakyat kawasan ini pun tidak mampu untuk digalas. Sebagai pemimpin danW akil Rakyat, beliau adalah bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberikan, bukan hanya didunia tetapi juga di akhirat nanti.

YB Datuk Mohamaddin juga mendakw telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan Lahad Datu. Sebenarnya,saya tidak tau apa-apa tentang janji tersebut, saya tidak tau siapa yang menjanjikan beliau dan saya tidak tau apa sebenarnya yang dijanjikan kepada beliau.

Tetapi sekiranya maksud beliau dijanjikan peranan untuk memimpin parti adalah jawatan tertentu dalam parti atau pun bahagian, maka selaku ahli politik yang cukup berpengalaman dan cukup lama terlibat dalam 4 parti besar iaitu sejak PBS, PKR, Warisan dan kemudian Bersatu, beliau sepatutnya sedia maklum, untuk menjawat satu-satu jawatan dalam parti harus menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan parti.

Hari ini,selepas pemilihan parti yang lalu saya telah dipilih sebagai Ketua Bahagian. Dan telah menjadi tanggungjawab saya untuk mengurus tadbir parti dan juga ahli.

Sekiranya beliau mau jadi ketua bahagian beliau perlu perlu bertanding pada pemilihan akan datang sekiranya berhasrat untuk memimpin. Kena tunggulah, kena sabar sehingga pemilihan. Jadi tidak timbul soal tidak diberi peranan, kerana sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri peranan beliau sebagai wakil rakyat adalah amat besar, dan selaku AJK Bahagian parti yang dianggotai juga tidak pernah menghalang beliau untuk menjalankan peranan.

Dakwaan beliau bahawa penyokong-penyokong yang telah memberi kemenangan kepada beliau pada PRU dan PRN yang lalu telah diketepikan oleh parti dan jentera parti menjalankan aktiviti tanpa pengetahuan beliau itu juga adalah tidak tepat.

Sebenarnya yang masuk Bersatu pada November lalu hanyalah YB Datuk Mohamaddin sendiri. Dia seorang saja yang masuk Bersatu manakala penyokong beliau yang memberi kemenangan pada PRU dan PRN yang lalu masih lagi dalam parti asal mereka iaitu Warisan, malah sebahagian dari mereka masih memegang jawatan dalam parti tersebut, jadi bagaimana dari segi logiknya mereka diketepikan dari Bersatu sedangkan mereka bukan berada dalam Berrsatu,serta masih lagi berjawatan dalam parti lama mereka.

Bagaimana mereka yang masih dalam Warisan itu hendak saya libatkan dalam jentera parti Bersatu. Saya rasa saya masih lagi waras dalam pertimbangan saya, mana boleh orang parti lawan saya masukkan dalam jentera parti saya. Dan apa perlunya saya nak laporkan setiap aktiviti jentera parti saya kepada ahli-ahli parti lawan. Ini secara logik pun kita boleh fikir.

Dan kita juga mengambil maklum bahawa antara sebab lain yang beliau tidak puas hati adalah kerana beliau cuba untuk menggantikan jawatan lantikan politik di peringkat daerah yang telah lantik lebih awal atas Persefahaman Bersatu GRS dan UMNO BN ketika membentu kerajaan selepas PRN lepas.

Hasrat beliau untuk menggantikan dengan orang-orangnya tidak dapat dilaksanakan kerana mereka masih lagi berjawatan dalam parti pembangkang. YB DMK mendakwa bahawa penyokongnya berminat menyertai Bersatu tetapi telah ditolak. Sebenarnya ini adalah tuduhan.

Saya ada bukti jelas dan juga saya ada saksi yang masih hidup, apa kata orang tu living witness, saya ada bukti bahawa pihak kami telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli Bersatu kepada wakil YB DMK. Saya melihat wakil tersebut juga turut hadir dalam sidang media YB DMK kemarin. Borang keahlian tersebut telah diserahkan untuk diisi oleh pemohon sebanyak 500 keping, tetapi sehingga hari ini sekeping borang yang lengkap diisi pun tidak dikembalikan untuk diproses permohonannya. Jadi apa yang ditolak.

Sebagai makluman, semasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini
ditubuhkan, pada peringkat awal, Perlembagaan Parti membenarkan penubuhan cawangan mengikut bilangan daerah mengundi. Hanya pada tahun lalu, Perlembagaan dipinda yang membenarkan Bahagian menubuhkan seberapa banyak cawangan yang boleh.

Bersatu Bahagian Lahad Datu pada peringkat penaja telah berjaya menubuhkan 20 cawangan daripada 31 Daerah Mengundi dan selepas pindaan perlembagaan tersebut, Bersatu Lahad Datu telah memohon untuk menubuhkan 100 lagi cawangan baru dan ini telah pun mendapat kelulusan daripada pihak ROS.

Jadi harus difahami, untuk pendaftaran keahlian dan penubuhan
cawangan, haruslah mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh parti dan perlu mematuhi prosedur daripada pejabat pendaftar pertubuhan iaitu ROS. Dan ianya juga akan mengambil sedikit masa.

Sebagai seorang yang terpelajar, beliau patut tau dan faham akan
proses dan prosedur yang telah ditetapkan, Beliau sendiri ada
pengalaman semasa peringkat awal penubuhan parti lama beliau yang mana YB DMK  hanya mendaftarkan 10 cawangan sahaja sehingga pemilihan parti. Jadi siapa yang kuku besi seperti yang didakwa.

Asalnya kami diberi kebenaran untuk menubuhkan 20 cawangan,
selepas itu kami memohon lagi untuk menubuhkan 100 cawangan,
Alhamdulillah selepas ianya diluluskan sekarang kami telah ada 120  cawangan yang berdaftar dengan ROS dbawah parti Bersatu ini. Keahlian  kami juga telah meningkat dari 500 pada peringkat awal penubuhan, dan hari ini, jumlah ahli Bersatu Lahad Datu yang berdaftar mencecah hampir 7 ribu ahli, manakala yang  selebihnya masih lagi dalam proses pendaftaran.

Beliau juga ada berkata dalam nada yang agak sinis yang mengatakan saya berlagak seperti wakil rakyat, sebetulnya, saya sebagai ketua parti di peringkat bahagian,saya tidak mempunyai apa-apa peruntukan yang boleh disalurkan kepada rakyat, Tetapi saya berusaha semampu yang boleh untuk membantu rakyat, saya berusaha sedaya upaya saya untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat yang memerlukan.

Saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat, walaupun sedar tidak dapat memenuhi atau membantu keseluruhan rakyat di kawasan saya, tetapi saya cuba dan berusaha sebaik mungkin untuk membantu rakyat seadanya. Adakah dengan membantu rakyat itu perlu berlagak sebagai Wakil rakyat.

Tidak seperti dia, dia ada peruntukan Ahli Parlimen, ada peruntukan ADUN, tetapi berapa kali dia turun kawasan tahun ni, banyak kali juga la, adalah dalam 2 kali, banyak juga tu kan.
Jawatan Wakil Rakyat, ada peruntukan Wakil Rakyat, ada peranan sebagai Wakil Rakyat, tapi berlagak seperti tiada peranan dan tidak diberi peranan.

Apa pun saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Datuk Mohamaddin ketapi, saya mendoakan semoga beliau sentiasa diberikan kesihatan untuk menjalankan peranan dan tugas seharian sebagai Wakil Rakyat Lahad Datu dan Segama.

Sekian terima kasih.Wassalam.