KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan “road show” Program GRS Bersama Rakyat di setiap kawasan parlimen negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Roadshow itu akan diadakan bermula bulan Ogos ini,” kata Hajiji yang juga Pengerusi GRS selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Ibu Pejabat GRS, Alamesra, hari ini.

Katanya, Mesyuarat GRS hari ini juga membincang mengenai persiapan Pilihan Raya Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita perlu mengadakan persiapan lebih awal agar jentera pilihan raya GRS bersiap
siaga menghadapi pilihanraya umum akan datang”, tegasnya.

Hajiji berkata, mesyuarat kali ini tidak membincangkan tentang permohonan parti-parti
politik yang berminat menyertai GRS.

“Setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai penerimaan lain-lain parti ke
dalam GRS. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang”, tambahnya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah 3 Timbalan Pengerusi GRS iaitu Datuk Seri
Panglima Dr.Maximus J.Ongkili, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,

Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai, Bendahari, Encik Ardino Diris dan Ahli-
Ahli Majlis Tertinggi parti itu.-pr/BNN