KUALA PENYU : Persediaan UMNO bahagian Beaufort  berada di tahap 70 ke 80 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
Naib Ketua UMNO bahagian Beaufort Awang Damit Jion  berkata, UMNO bahagian itu sedang menilai dan meneliti kesiapsiagaan bukan sahaja di peringkat  bahagian  tetapi juga di  24 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang sudah diaktifkan sejak tahun lepas.
“ Bilik gerakan PDM di kesemua PDM  iaitu  12 di DUN Kuala Penyu dan 12 di DUN Klias di kawasan ini  sudah diaktifkan, jentera sudah kita bentuk hanya menunggu bila tarikh PRU-ke 15 akan diadakan” kita ketika di hubungi di sini hari ini.
Selain itu Awang Damit berkata, selain persediaan   jentera parti,  gerakan turun padang menyentuni pengundi termasuk mereka yang ditimpa musibah  UMNO bahagian telah melaksanakanya tanpa musim.
“ Kita (UMNO) tidak mendabik dada dari segi gerakan menyantuni rakyat ternyata UMNO masih dihadapan berbanding yang lain walaupun kawasan ini diwakili oleh pemimpin dari kerajaan memerintah” jelas Beliau.
Awang Damit  berkata tidak wajar bagi mana-mana pihak atau pemimpin memperlekihkan  usaha yang dilakukan oleh UMNO dan menuntut  kerusi ini untuk mereka  wakili sedangkan umum tahun Parlimen Beaufort sebelum ini diwakili oleh UMNO yang akhirnya ditinggalkan begitu sahaja kerana perbuatan melompat parti yang tidak mendapar restu dari ahli dan penyokong UMNO/BN.
“ Tidak semudah itu kita memenuhi tuntutan tersebut, kerana hakikatnya sebelum ini UMNO yang mewakili kawasan ini sementara persediaan kita berada dalam keadaan siap siaga menghadapi PRU ke-15 kali ini” Tambah Awang Damit.
Sehubungan dengan itu Awang Damit meminta ahli-ahli UMNO khususnya jentera parti di bahagian itu terus melaksanakan tugas mereka, fokas untuk memperkemaskini jentera parti di semua peringkat  dan mendekati pengundi di peringkat akar umbi dengan mengabaikan tuntutan mana-mana pihak yang ingin bertanding atau mempertahankan kerusi parlimen di kawasan tersebut.-pr/BNN