KOTA KINABALU: Prominent Education & Skills akan mengadakan acara Spirit of Sabah 2022  di Dewan KDCA, Penampang, Sabah pada 16 September bersempena dengan Hari Malaysia.

Acara ini bertujuan untuk mempromosikan artis tempatan, baik yang baharu mahupun yang lama serta penggiat seni kebudayaan lain seperti tarian dan alat muzik tradisional.

Prominent Education & Skills ditubuhkan oleh Paulina Henry, seorang usahawan Rungus, dengan kesungguhan untuk mempromosikan Sabah dan menyediakan ruang kepada artis tempatan untuk mempamerkan bakat mereka melalui acara ini. Cik Paulina juga berhasrat untuk menganjurkan acara ini setiap tahun dan berharap bahawa acara itu akan menjadi tarikan pada tahun-tahun akan datang.

Acara sulung tahun ini akan mempamerkan Bazar yang menjual makanan dan kraf tangan tempatan dan juga persembahan hebat dari artis, penari dan pemuzik tempatan Sabah.

Bayaran masuk adalah percuma. Hadiah yang menarik termasuklah tiket bertuah akan di adakan pada hari tersebut. Prominent juga akan memastikan agar semua pengunjung akan berpuas hati degan acara yang di sediakan pada hari perayaan yang bersejarah ini.-Ain Sultana Zainal/BNN