KOTA KINABALU:Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noormenyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022 daripada Kimanis Power Sdn.Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn.Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Encik Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen
itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni
Daya.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua (Pembangunan Perniagaan dan Komersial) PETRONAS Gas Berhad, Encik
Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn.Bhd, Encik
Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Puan Siti Ayu Abdul Wahab dan
Pengarah ICSB, Encik Joshua Ho.-pr/BNN