KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menyaksikan penyerahan 8 buah ambulan pacuan 4 roda Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk kegunaan 8 APM Daerah di perkarangan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong menerima ambulan itu daripada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed dan kemudiannya menyerahkannya kepada 8 Pegawai APM Daerah iaitu Tuaran, Papar, Sandakan, Keningau, Pitas, Ranau, Putatan dan Kalabakan.-pr/BNN