KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah imemaklumkan perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak akan dimulakan di Klinik Kesihatan UTC, Kota Kinabalu bermula pada
1 Julai 2023.

Menurut kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Jabatan ini, pembukaan perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak di Klinik Kesihatan UTC adalah rentetan daripada penutupan sementara Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Pekan, Kota Kinabalu (KKIA Pekan) bermula pada 1 Jun 2023 akibat kerja-kerja pembaikan klinik yang dijangka siap pada hujung tahun ini.

Berikutan itu semua perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak KKIA Pekan dipindahkan sementara ke Klinik Kesihatan UTC dan sebahagian kecil ke Klinik Kesihatan berdekatan.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi penjagaan kesihatan untuk ibu hamil, penjagaan ibu selepas bersalin, kesihatan wanita dan perancang keluarga, penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak termasuk pemeriksaan kanak-kanak, imunisasi dan pemeriksaan jaundis.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menyeru pelanggan yang terlibat dengan perkhidmatan KKIA Pekan agar mematuhi temujanji di fasiliti yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan dan dapat bersabar sehingga kerja-kerja pembaikan klinik selesai.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengharapkan pembukaan perkhidmatan ibu dan kanak-kanak yang disediakan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.-pr/BNN