KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Tuan Yang
Terutama (TYT) Encik Wayne Robson di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkiatan
pelancongan, pendidikan, peluang pelaburan dan lawatan Kapal Tentera Laut Diraja
Kadana (Royal Canadian Navy’s) HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu.
Hajiji mengalu-alukan pelabur dari Kanada untuk meneroka peluang baharu dan
kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Sabah
dalam beberapa sektor ekonomi berkaitan.
Katanya, Sabah yang kaya dengan pelbagai sumber asli berharap lebih ramai pelabur
asing akan melabur di negeri ini dalam pelbagai sektor industri.-pr/BNN