DILANTIK….AHLI Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Binti Aching dilantik sebagai Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort.
Beliau menerima pelantikan itu daripada Pengerusi Pertubuhan Peladang Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd. Nazri Abdullah yang juga Pengerusi PPK Beaufort di pejabat pertubuhan itu di Pekan Beaufort dekat sini pada Rabu.
Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Roslan Muharam yang juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lumadan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr.Daud Yusof dan Ahli Ahli Jemaah Pengarah PPK Beaufort yang lain.-pr/BNN