KOTA KINABALU: Cara terbaik untuk mewujudkan kepastian yang jelas perihal pelantikan Ketua Menteri ialah dengan mengadakan Jawatankuasa Pilihan Khas Semua Parti di Dewan Undangan bagi menggantikan Perkara 6(7) supaya peruntukan perlembagaan mengenai pelantikan Ketua Menteri oleh TYT boleh dibuat tanpa sebarang ruang untuk keraguan.
Dalam satu kenyataan bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Semua Parti ini, yang terdiri daripada parti-parti dalam Dewan Undangan Negeri, harus mencapai kata sepakat untuk menggantikan Perkara 6(7) untuk pindaan kepada perlembagaan Sabah.
Peruntukan perlembagaan yang jelas mesti disediakan sebelum pilihan raya Sabah akan datang.
Yong yang juga Presiden SAPP berkata, pada perbahasan Sidang DUN pada 25 Mei 2023 mengenai pemansuhan Perkara 6(7), saya telah mencadangkan jawatankuasa sedemikian dan sekarang saya mengulangi semula cadangan tersebut.
Tanpa penggantian yang sesuai untuk Perkara 6(7), dan hanya bergantung kepada Perkara 6(3), boleh membawa kepada kekeliruan seperti yang dipanggil rampasan kuasa pada 1985.
“Selanjutnya, memberikan budi bicara mutlak kepada TYT untuk melantik CM selepas pilihan raya juga boleh membuka kemungkinan berlakunya peristiwa di Johor apabila, pada Mac 2022, penyandang Menteri Besar, yang juga pengerusi partinya di Johor dan figura poster kempen pilihan raya, telah tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas memenangi pilihan raya Negeri tersebut.”
“Saya juga yakin Jawatankuasa Pilihan Raya Semua Parti ini akan bersetuju dengan Tengku Datuk Fuad Ahmad bahawa pemecatan mana-mana Ketua Menteri yang sedang menjalankan tugasnya hanya boleh dilakukan selepas undi hilang keyakinan atau kekalahan rang undang-undang kerajaan di Dewan Undangan.”
Menurut beliau, pemansuhan Perkara 6(7) tahun lepas oleh Dewan Undangan Negeri Sabah disebabkan terutamanya oleh kekaburan Perkara 6(7) disebabkan keputusan pilihan raya Sabah Mei 2018 dan sekali lagi September 2020 yang menyaksikan pertandingan diantara pakatan politik pada pilihan raya semua adalah yang tidak berdaftar sebagai parti politik di Sabah.
“Saya secara sopan tidak bersetuju dengan Tengku Fuad bahawa Artikel 6(7) yang kini dimansuhkan adalah kerana ianya digubal dengan kurang baik. Perkara 6(7) itu telah digubal dengan baik dan tepat serta diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1990, sebelum pilihan raya Sabah tahun itu.”
Perkara 6(7) digubal untuk mengelak berulangnya apa yang dipanggil rampasan kuasa pada 1985 di mana parti yang mempunyai majoriti diketuai  Presiden PBS (kini Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan tidak dilantik (pada mulanya) sebagai Ketua Menteri, katanya.
Perkara 6(7) telah berkhidmat dengan baik untuk Sabah sejak sekian lama.
Perkara 6(7) hanya menjadi kontroversi pada 2018 dan 2020 apabila pihak berbeza mempunyai tafsiran sendiri untuk memenuhi kelebihan mereka sendiri.
“Demi konteks yang sesuai dan fakta, saya mencadangkan agar Ketua Menteri PBS ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, dijemput untuk memberikan inputnya kepada Jawatankuasa Pilihan khas tersebut.”-pr/BNN