KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Penggagas Puisi Esai dan Penasihat Komunitas Puisi Esai ASEAN, Encik Denny JA di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Isnin.

Denny JA merupakan Pendiri Lembaga Survei Indonesia dan Konsultan Politik Indonesia. Beliau terkenal menulis puisi esai melalui bukunya “Atas Nama Cinta”, kini sudah menerbitkan lebih dari 100 buku puisi di Indonesia dan Asia Tenggara berdasarkan genre baru puisi esai.

Mengiringi Denny JA ialah Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jasni Matlani yang juga Presiden Badan Bahasa Sabah, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Puan Aminah Awang Besar.

Menurut Denny JA, kunjungan hormat itu bagi mengucapkan terima kasih kepada Hajiji
dan Kerajaan Negeri kerana membantu melaksanakan program Festival Puisi Esei
sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga mengundang Ketua Menteri untuk melancarkan perasmian Festival Puisi
Esei di Kota Kinabalu pada 7 Jun 2024”, kata Jasni.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan
Komuniti Bugis Sabah (PKBS) diketuai oleh Presidennya, Prof Dr.Hajah Arsiah Haji
Bahron.

Beliau diberi taklimat program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh persatuan itu.-pr/BNN