KOTA KINABALU: Semua pegawai kerajaan negeri Sabah khususnya Mayor Dewan Bandaraya, Presiden di Majlis Perbandaran,Pegawai Daerah termasuk Pegawai Kerja Majlis Daerah disarankan tidak sepatutnya melayan karenah pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di negeri Sabah yang telah ditubuhkan baru-baru ini
Dalam satu kenyataan, Datuk Zulkarnain Mahdar, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) berkata, Kerajaan Negeri Sabah secara jelas dan terang telah menolak penubuhan JKDM yang telah dilancarkan penubuhannya oleh Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini di Sabah justeru sebarang aktiviti oleh pengerusi atau setiausaha JKDM tidak sepatutnya dilayan.
Menurut beliau  sepatutnya semua masalah berbangkit diperingkat kampung  atau mana-mana kawasan sepatutnya hendaklah melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang telah dilantik oleh kerajaan negeri Sabah
“Harus diingat Ordinan Pentadbiran Luar Bandar sebelum ini telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di mana hanya ada satu pentadbiran kampung iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sahaja yang diiktiraf dan dilantik oleh kerajaan negeri.” tegas beliau.
Justeru bagi mengelak pertindihan permohonan pembangunan diperingkat kampung adalah sebaiknya semua proses permohonan melalui JKKK atau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)
“Agak menyedihkan apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dilihat seolah-olah telah menganaktirikan kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor.”
Kerajaan Negeri Sabah telah mewujudkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah sepatutnya kementerian ini digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan peruntukan dari persekutuan untuk membangunkan kemudahan Infrastruktur yang kian meruncing di Sabah, katanya.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berpendirian menyokong penuh kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah justeru Zahid sepatutnya melihat jauh kehadapan dan tidak sepatutnya mencampuradukkan soal pembangunan rakyat dan kepartian.”
Rakyat dan kerajaan negeri secara jelas telah menolak penubuhan JKDM kerana ianya jelas bertentangan dengan ordinan undang-undang dan dilihat melayan Sabah sebagai negeri pembangkang, jelas nya.
“Justeru sewajarnya semua pegawai-pegawai jabatan kerajaan negeri Sabah sepatutnya tidak melayan apa sahaja pernohonan atau urusan yang dikenukan oleh pengerusi atau setiausaha JKDM kerana penubuhan jelas salah dan bertentangan dengan ordinan undang-undang di Sabah.”-pr/BNN