TAWAU: AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan   A Gani Pg. Amir telah melakukan ziarah kasih sempena dengan perasmian Mesyuarat Tahunan Cawangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Luasong, Tawau dekat sini.
Beliau yang juga Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sebatik menyantuni beberapa ahli cawangan parti itu di Kampung Mukandot dan Kampung Luasong serta menyampaikan sumbangan berupa zink, plywood dan tangki air.
Hassan yang diiringi oleh pemimpin-pemimpin bahagian dan sayap-sayap parti  turut merasmikan Mesyuarat Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap Gagasan Rakyat PDM Luasong di Dewan Rumah Rehat Pusat Perhutanan, Luasong.-pr/BNN