KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu yang menghadiri beberapa program rasmi di Sandakan sempena  Konvoi Jelajah Road To MAHA @Sabah 2024 yang  menjelajah ke beberapa lokasi pertanian di Sabah berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin.
Beliau yang mengetuai konvoi itu menghadiri Majlis Perasmian Road To MAHA @Sabah 2024 di Sandakan, Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Sandakan, dan Program Ramah Mesra MADANI Bersama Nelayan Sandakan.
Kelihatan dalam gambar,  Mohamad Sabu bergambar bersama pemimpin masyarakat di Lapangan Terbang Sandakan sebelum berlepas pulang ke ibu negara.-pr/BNN