TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menghadiri Majlis Berbuka Puasa
bersama Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di Dewan
Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik pada Selasa.

Turut hadir Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sulaman, Datuk Haji Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman dan kepimpinan bahagian itu.

Hajiji turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Terdahulu Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di bilik mesyuarat pusat kebudayaan itu.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah persiapan jentera
pilihanraya.-pr/BNN