KOTA KINABALU: Sabah Softwoods Berhad telah membayar dividen sebanyak RM70 juta bagi tahun 2024 kepada pemegang saham terbesarnya, Innoprise Corporation Sdn Bhd, anak syarikat pelaburan Yayasan Sabah.
Replika cek tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Sabah Softwoods, Datuk Mohd Arsad Bestari kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah di Menara Kinabalu, berhampiran sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad, Datuk Haji Mohd Daud Tampokong serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwoods.-pr/BNN