KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, menghadiri Majlis Jamuan Teh DiRaja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Seri Kinabalu di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Majlis berkenaan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk
Seri Panglima Kadzim M Yahya; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima
Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta barisan kabinet negeri dan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong.-pr/BNN