TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri hari ini adalah sebuah kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat.

Beliau berkata pelbagai projek pembangunan dan bantuan telah dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan perlawanan akhir gusti lengan di Suang Olung Kaamatan di Kampung Tutu, Selupoh Tuaran hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan perlawanan akhir gusti lengan di Suang Olung Kaamatan di Kampung Tutu, Selupoh Tuaran hari ini.Di kawasan Sulaman sahaja, katanya, banyak projek pembangunan telah siap dilaksanakan termasuk Rumah Mesra SMJ, kerja-kerja naik taraf jalan raya, jambatan dan jeti, dan lebih banyak lagi projek sedang dirancang.

“Insya-Allah, sekiranya kerajaan GRS diberi peluang sekali lagi untuk mentadbir negeri ini, lebih banyak projek akan dilaksanakan termasuk jambatan simen Labuaya di sini,” katanya.

Berucap sempena sambutan Pesta Kaamatan Suang Olung 2025, pelancaran Persatuan Pembangunan Lotud Sabah (SALDA) dan perasmian Dewan Orang Tua Kari Bin Guban di Kampung Tutu Selupoh hari ini, beliau turut menyeru masyarakat Suang Lotud agar terus bersatu padu.

“Kita mesti kekal bersatu dan terus memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong demi memastikan masa depan yang lebih cerah untuk komuniti ini.

“Saya mahu suku Dusun Suang Lotud di Tuaran, menjadi satu komuniti yang hebat dan tidak ketinggalan,” katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, untuk menjadi satu bangsa yang hebat, masyarakat Dusun Suang Lotud perlu memiliki pemikiran yang positif.

“Melalui cara ini, saya yakin penuh masyarakat Dusun Suang Lotud mampu setanding dengan bangsa-bangsa etnik yang lain di Sabah,” katanya sambil menambah masyarakat

Suang Lotud harus memastikan budaya dan tradisi mereka terus dipelihara demi generasi akan datang.

Pesta Kaamatan Suang Olung 2025 yang dianjurkan oleh SALDA melibatkan sembilan buah kampung iaitu Kampung Tutu, Penampang Baru, Limposu, Roun, Kiwatu, Labuaya, Selupoh, D’Angki dan D’Mulus.-pr/BNN