KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman terus menzahirkan semangat perpaduan dengan menyumbang kepada Komuniti Umat Katolik (KUK) Gereja St. Maria Goretti, Kampung Gaulan, sempena Perayaan 4 dalam 1 yang akan berlangsung 12 Julai ini.
Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Mukim Luagan, Ruddy Gijau, dan diterima Pengerusi KUK, Isabella Liew di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.
Perayaan itu merangkumi sambutan ulang tahun ke-40 Gereja St. Maria Goretti, ulang tahun ke-32 Keuskupan Keningau, Jubli Perak Katekis Victoria Titus dan pemberkatan tapak pembinaan Grotto.
Menurut Ruddy, sumbangan itu mencerminkan kepimpinan inklusif Annuar yang menjunjung nilai perpaduan merentas agama dan kaum.
” Annuar percaya masyarakat harmoni dibina atas dasar saling menghormati. Di Liawan, nilai itu diterjemah melalui tindakan, bukan sekadar kata-kata,” katanya.-pr/BNN