KENINGAU : Komitmen terhadap pembangunan belia diteruskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menerusi sumbangan kepada Mohd Ilham Perwiradin, anak muda tempatan yang bakal menyertai Tentera Darat.
Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Mukim Luagan, Ruddy Gijau, mewakili Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, menjelang penyertaan Ilham dalam Kursus Asas Perajurit Muda Siri 204 di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Menurut Ruddy, sumbangan itu sebagai galakan moral kepada anak muda yang berani melangkah ke medan disiplin dan patriotisme demi negara.
“YB Annuar sentiasa menyokong pembangunan modal insan. Anak muda seperti Ilham wajar diberi penghargaan dan dorongan,” katanya.
Pendekatan itu mencerminkan kepimpinan Annuar yang menitikberatkan pembangunan sahsiah dan masa depan belia luar bandar.-pr/BNN