KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melepaskan peserta Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas, dekat sini malam ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melepaskan pelepasan MAPPA XX di Stadium Likas malam ini.

Seramai 2,515 peserta dari sektor kerajaan dan orang awam telah mengambil bahagian dalam larian tersebut yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5km dan 10km.

Kira-kira 1,700 peserta menyertai larian sejauh 5km manakala 815 lagi menyertai kategori 10km.MAPPA XX telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Panglima Christina Liew; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa. – pr/BNN