KENINGAU: Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman terhadap masa depan anak muda luar bandar dizahirkan menerusi sumbangan pendidikan kepada Mia Raihani Razlan, yang bakal melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Labuan.

Sumbangan itu disampaikan menerusi wakil beliau, Mohamad Raihan Jinode, dalam satu majlis ringkas di Pejabat UPPM Liawan.

“Mia menjadi simbol harapan generasi muda Liawan. Kami akan terus menyokong anak-anak kampung yang berusaha mengubah nasib keluarga,” kata Mohamad Raihan.

Keluarga Mia menzahirkan penghargaan atas sumbangan tersebut yang disifatkan sebagai bukti kepimpinan berjiwa rakyat.

Langkah ini selari dengan gagasan “Liawan Terurus, Liawan Maju” yang menumpukan kepada pembangunan pendidikan dan kebajikan masyarakat akar umbi.-pr/BNN