KENINGAU– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menghadiri Majlis Pemberkatan Grotto dan Perasmian Gereja St. James Rasul di Komuniti Umat Katolik (KUK) Ponindukan Agudon, di sini.
Majlis disempurnakan oleh Msgr. Fr. Gilbert Lasius itu turut dihadiri penduduk kampung, pemimpin gereja dan komuniti setempat dalam suasana penuh kesyukuran dan perpaduan.
Annuar menegaskan komitmen berterusan untuk menyokong pembangunan komuniti tanpa mengira agama dan latar budaya, selain memuji semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam merealisasikan pembinaan gereja berkenaan.
Pemberkatan Grotto turut diadakan sebagai simbol penghormatan dan dedikasi terhadap tapak ibadat tersebut. – pr/BNN