KOTA KINABALU : Hospital Pakar KPJ Sabah sambut kelahiran sembilan (9) bayi yang dilahirkan sempena pada tarikh 8 Ogos baru-baru ini.
Nombor 8 merupakan sebagai satu nombor yang melambangkan kekuatan, kewibawaan dan kejayaan.
Ia dicirikan mempunyai kayakinan magnetik dan semula jadi pada mereka yang dilahirkan pada 8 Ogos.
Nombor 8 juga dikaitkan dengan kekayaan, kemakmuran dan status. Sementara itu, personality orang yang dilahirkan pada 8 Ogos dikatakan mempunyai jati diri yang kuat dan didorong oleh keinginan untuk mencapai kehebatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Di Hospital Pakar KPJ Sabah, kelahiran sembilan (9) bayi pada 8 Ogos 2025 telah menyemarakkan suasana kegembiraan kepada ibubapa kesembilan bayi tersebut.
KPJ Sabah menyaksikan suasana yang menakjubkan di mana seramai 9 bayi dilahirkan pada tarikh 8 di bulan 8.
Kelahiran 9 bayi tersebut juga sinonim dengan Minggu Penyusuan Bayi Sedunia yang baru disambut.
Hospital Pakar KPJ Sabah merupakan hospital pakar swasta pertama di negeri Sabah yang diakreditasikan dengan Inisiatif Hospital Rakan Bayi atau Baby Friendly Hospital Imitative (BFHI).
Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan program yamg dijalankan oleh WHO dan UNICEF untuk mempromosikan dan menyokong setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
Bayi tersebut terdiri daripada tujuh orang bayi lelaki dan dua orang bayi perempuan. Kesembilan bayi tersebut dilahirkan oleh Dr. Lim Keok Tang dan Dr Norafidah Ahmad iaitu Perunding Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Sabah.
Pengurusan Hospital Pakar KPJ Sabah mengucapkan tahniah kepada kesembilan ibubapa bayi tersebut. Hospital Pakar KPJ Sabah juga menyampaikan hadiah kepada kesembilan bayi tersebut.
Bayi pertama dilahirkan pada 8 Ogos 2025 adalah bayi lelaki kepada Puan Cynthia Douglas. Bayi tersebut dilahirkan pada jam 3.37 pagi yang seberat 2.94kg.
Bayi kedua sejurusnya dilahirkan pada 8.28 pagi. Bayi lelaki Puan Leong Choy Jan ini seberat 2.98kg.
Bayi ketiga dilahirkan oleh Puan Norzaidah Binti Mohd Kirin pada jam 8.41 pagi. Bayi lelaki tersebut adalah seberat 3.11kg.
Bayi keempat dilahirkan pada jam 9.12 pagi. Bayi perempuan Puan Lim Fong Yee adalah seberat 2.48kg.
Bayi kelima dilahirkan oleh Puan Eveanye Leyles Intang pada 9.46 pagi. Bayi lelaki tersebut adalah seberat 3.14kg.
Bayi keenam pula dilhirkan pada 10.07 pagi. Bayi lelaki Puan Chen Kah Ling adalah seberat 3.49kg.
Bayi ketujuh dilahirkan oleh Puan Elly Fhriscka Matin pada jam 11.19 pagi. Bayi lelaki tersebut adalah seberat 3.01kg.
Bayi yang kelapan dilahirkan oleh Puan Elizebeth Siew Ling Binti Aloysius. Bayi perempuan tersebut dilahirkan pada jam 12.55 tengahari dengan seberat 2.40kg.
Manakala bayi yang kesembilan dilahirkan oleh Puan Siti Farahin Akma Binti Hazani. Bayi lelaki tersebut dilahirkan pada jam 8.17 malam dengan seberat 2.83kg. – pr/BNN